Kerajaan tunggu laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN

Zulkifli
Zulkifli
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan masih menunggu laporan kajian Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, jawatankuasa itu sudah bermesyuarat dan ada beberapa laporan dapatan awal.

“Perkara itu sudah ada dapatan awal dan perlu diperkemaskan lagi.

“Laporan akan diserahkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI),” katanya selepas merasmikan Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024 di Dewan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di sini, pada Sabtu.

Amir (kiri) menyerahkan Resolusi Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024 kepada Zulkifli (tengah).
Amir (kiri) menyerahkan Resolusi Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024 kepada Zulkifli (tengah).

Turut diadakan Penyerahan Resolusi Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024 oleh Exco Duat Al-Falah Negeri Kelantan, Amir Ismail kepada Zulkifli.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, kerajaan terus komited dalam urusan berkaitan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Menurutnya, usaha berkenaan bagaimanapun perlu melalui beberapa proses termasuk libat urus dengan pihak-pihak berkaitan dan dibawa kepada pihak berautoriti seperti MKI serta Majlis Raja-Raja.

Artikel Berkaitan:

Zulkifli (kiri) bermesra dengan hadirin di Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024.
Zulkifli (kiri) bermesra dengan hadirin di Konvensyen Dakwah dan Tarbiah Kelantan 2024.

“Perkara berkait RUU355 berada dalam tindakan kerajaan malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memaklumkan komitmen terhadap perkara itu.

“Sekarang ini kami melalui proses libat urus dan laporan akan dibawa kepada pihak berautoriti, bagaimanapun belum dapat menjanjikan tarikh akan dibentangkan di Parlimen,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!