PKNS lancar rumah teres dua tingkat Puteri Ariana 2

Mahmud (tiga dari kiri) melihat reka bentuk Puteri Ariana 2 Kota Puteri yang dilancarkan pada Sabtu.
Mahmud (tiga dari kiri) melihat reka bentuk Puteri Ariana 2 Kota Puteri yang dilancarkan pada Sabtu.
A
A
A

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan projek Puteri Ariana 2 Kota Puteri di sini yang menawarkan binaan moden berkonsep teknologi hijau.

Dibina di kawasan seluas 2.61 hektar, projek merangkumi 72 unit rumah teres dua tingkat membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM52.7 juta.

Ia dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik air dengan keluasan antara 1,789 kaki persegi (kps) hingga 2,060 kps

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, PKNS menumpukan pembinaan moden berkonsepkan teknologi hijau selari konsep kelestarian bagi menyokong amalan Alam Sekitar, Sosial dan Amalan Tadbir Urus (ESG) dalam setiap pembangunannya.

"Kediaman ini direka untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan mempromosikan kelestarian melalui pelbagai ciri inovatif serta mesra alam seperti penggunaan tangki air hujan bagi setiap rumah.

"Ia bertujuan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan bagi kegunaan menyiram tanaman serta pelbagai kegunaan lain, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada air terawat," katanya pada pelancaran Puteri Ariana 2 Kota Puteri pada Sabtu.

Mahmud (dua kiri) melancarkan projek Puteri Ariana 2 Kota Puteri pada Sabtu.
Mahmud (dua kiri) melancarkan projek Puteri Ariana 2 Kota Puteri pada Sabtu.

Katanya, projek dijadual bermula Ogos ini juga bercirikan reka bentuk mampan melalui pencahayaan semula jadi dan pengudaraan penyejukan bagi memenuhi keselesaan penghuninya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, PKNS yakin projek itu akan mendapat sambutan menggalakkan susulan terletak di lokasi strategik dihubungkan dengan beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya Damansara – Shah Alam (DASH), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar).

"Selain itu, projek ini turut berdekatan dengan Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam & Puncak Perdana, Hospital UiTM, Balai Polis Kota Puteri, taman permainan dan pusat komersial bagi kemudahan penduduk di kediaman ini.

"Projek di kawasan kepadatan rendah ini juga mempunyai ruang anjung kereta yang luas, berdekatan taman rekreasi, susun atur pelan lantai yang efisien, lokasi menarik serta harga berpatutan," katanya.

Projek perumahan dijangka siap 2026 itu terdiri 49 unit bersaiz 20x70 kps dan 23 unit lagi 24’ x 67’ ditawarkan dengan harga bermula RM688,600 hingga RM849,200.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

b