Wanita rugi RM55,000 rumah disamun dua penyamun bertopeng

Mangsa menyedari kehadiran suspek bertopeng hitam selepas terdengar bunyi pintu pagar rumah dibuka. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Hasni)
Mangsa menyedari kehadiran suspek bertopeng hitam selepas terdengar bunyi pintu pagar rumah dibuka. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Hasni)
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang wanita kerugian berjumlah RM55,000 selepas rumahnya di Bandar Behrang 2020, Behrang Stesen, di sini disamun dua lelaki bersenjatakan parang dan kayu pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 59 tahun tinggal bersama tiga anak asuhannya berusia enam hingga 10 tahun.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, mangsa menyedari kehadiran suspek bertopeng hitam selepas terdengar bunyi pintu pagar rumah dibuka.

"Suspek menggeledah rumah mangsa mencari wang dan barang kemas manakala mangsa bersama tiga anak asuhan dijaga seorang lagi suspek.

"Mereka telah mengambil beg duit yang mengandungi wang tunai sebanyak RM5,000 dan barang kemas dianggarkan bernilai RM50,000," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek turut melarikan sebuah kereta dan telefon bimbit dan barangan tersebut telah dijumpai semula di kawasan Taman Wangsa Behrang di sini.

Tambah Mohd Hasni, pihaknya giat mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: