Malaysia mudah tewaskan India, jumpa Indonesia di separuh akhir

Zarif Marican (kiri), Shahalril Aiman (dua, kanan) dan Aidil Aiman ketika menentang regu India dalam aksi suku akhir acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa, hari ini.
Zarif Marican (kiri), Shahalril Aiman (dua, kanan) dan Aidil Aiman ketika menentang regu India dalam aksi suku akhir acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 di Stadium Titiwangsa, hari ini.
A
A
A

SKUAD sepak takraw negara sekali lagi tampil konsisten mengekalkan mentaliti menang dalam acara berpasukan Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 pada Sabtu.

Anak buah Ahmad Jais Baharun meneruskan rentak kemenangan dalam fasa kalah mati apabila menewaskan India 2-0 dalam aksi suku akhir di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Regu pertama negara diketuai Farhan Adam, Mohammad Syahir Rosdi dan Mohamad Azlan Alias menyingkap tirai kemenangan apabila menewaskan Elangbam, Lokhon Singh, Wahengbam Henary Singh, Sharma Ram Kumar, 15-3, 15-11 untuk mata pertama Malaysia.

Rentak kemenangan itu kemudian dilabuhkan regu kedua yang dijanakan Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Muhammad Shahalril Aiman Halim yang menewaskan Ashish, Arun, Sorokkhaibam Malemganba Singh, 15-5, 15-12.

Kemenangan tersebut menyaksikan anak buah Ahmad Jais akan berdepan Indonesia dalam aksi separuh akhir yang sebelum itu menewaskan Myanmar, 2-0 yang dijelmakan regu pertama (17-15, 15-6) dan regu kedua (17-5, 15-6).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: