Sedih nasib Kelantan FC

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SITUASI yang menimpa Kelantan FC agak menyedihkan selepas terpaksa menarik diri daripada saingan liga musim ini.

Daripada sebuah gergasi bola sepak Malaysia, skuad pantai timur itu mencipta 'sejarah' pahit apabila mereka tidak akan menyertai saingan bola sepak negara musim ini.

Pemerhati bola sepak tanah air, Mohd Sadek Mustafa berkata, ia merupakan satu kehilangan dan kerugian kepada bola sepak Malaysia apatah lagi Kelantan mempunyai ramai penyokong serta rekod yang gah sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau percaya, tindakan Kelantan FC tidak menyertai saingan liga merupakan langkah yang betul untuk memperbaiki keadaan sebelum kembali beraksi dalam kancah bola sepak negara.

"Ia merupakan satu kerugian kepada Kelantan yang memiliki sejarah hebat dalam bola sepak kita.

"Kehilangan mereka sememangnya dirasai peminat bola sepak.

"Nasib baik ada Kelantan Darul Naim (KDN FC) yang akan menjadi pasukan tunggal negeri itu dalam saingan liga dan menutup kesunyian peminat Kelantan.

"Tindakan Kelantan untuk tidak menyertai liga saya fikir satu tindakan betul.

Artikel Berkaitan:

"Mereka tidak mahu terus menganiaya pemain dan menyelesaikan masalah yang membelenggu pasukan sebelum ini dan kemudian bangkit kembali," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Sebelum ini, Kelantan FC ditendang daripada saingan Liga Super selepas mempunyai tunggakan gaji pemain selain kes di FIFA.

Skuad The Red Warriors itu kemudiannya mengalihkan tumpuan untuk menyertai Liga A1 dengan pihak pentadbir liga itu memberikan syarat untuk Kelantan mendaftarkan minimum 20 pemain.

Bagaimanapun, skuad itu gagal untuk memenuhi syarat tersebut sekali gus pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengumumkan pasukan itu menarik diri daripada saingan liga.

Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham mengambil keputusan itu untuk terlebih dahulu menyelesaikan kes FIFA selain melunaskan gaji para pemain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!