Kraftangan Malaysia sasar RM2.4 juta daripada Festival Kraf

Ainu Sham (kanan) melihat kraf anyaman pada sesi tinjauan mesra FKPT 2024 di sebuah pasaraya di Bandaraya Kuantan di sini pada Jumaat.
Ainu Sham (kanan) melihat kraf anyaman pada sesi tinjauan mesra FKPT 2024 di sebuah pasaraya di Bandaraya Kuantan di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menyasarkan RM2.4 juta hasil jualan daripada penganjuran Festival Kraf Pantai Timur (FKPT) 2024.

Festival tersebut bermula pada Jumaat sehingga 3 Jun ini diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di East Coast Mall dekat sini dan Kemaman, Terengganu.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ainu Sham Ramli berkata, sasaran itu dapat dicapai menerusi penyertaan 58 usahawan kraf yang terlibat bagi mempromosi dan mengkomersialkan produk mereka pada festival terbabit.

"Kita memberi peluang kepada usahawan untuk memperluaskan lagi saluran pemasaran mereka dan ini bermakna mereka dapat memasarkan produk keluaran mereka terus kepada pengguna.

"Jadi, hasrat kita membantu meningkatkan pendapatan usahawan (yang) berdaftar dengan kraftangan Malaysia menerusi festival ini (dapat dicapai)," katanya.

Ainu Sham (tengah) melihat produk kraf berasaskan kayu pada sesi tinjauan mesra FKPT 2024 di sebuah pasaraya di Bandaraya Kuantan di sini pada Jumaat.
Ainu Sham (tengah) melihat produk kraf berasaskan kayu pada sesi tinjauan mesra FKPT 2024 di sebuah pasaraya di Bandaraya Kuantan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi tinjauan mesra FKPT 2024 di sebuah pasar raya di Bandaraya Kuantan di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia, Abdul Halim Ali dan Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, Md Azrul Hussein.

Artikel Berkaitan:

Ainu Sham memaklumkan lima bidang utama ditonjolkan pada FKPT 2024 berbanding penganjuran sebelum ini hanya memfokuskan pada bidang tekstil sahaja.

Jelasnya, antaranya bidang tekstil, hasil rimba, tanah, logam dan aneka kraftangan.

"Tahun ini, kita mempelbagaikan bidang supaya ia dapat memberi peluang kepada usahawan mempromosi hasil kraf mereka," katanya yang akan memperluaskan penganjuran FKPT 2024 di beberapa buah negeri selepas ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!