Zii Jia kejutkan Antonsen untuk separuh akhir Malaysia Masters

Lee Zii Jia. Foto Agensi
Lee Zii Jia. Foto Agensi
A
A
A

BEKAS juara Kejohanan Badminton All England Lee Zii Jia mara ke separuh akhir Malaysia Masters 2024 selepas tiga tahun dengan menyingkirkan kawannya Anders Antonsen dari Denmark, hari ini.

Masih segar daripada memenangi kejuaraan Terbuka Thailand minggu lepas, pemain ke-10 dunia Zii Jia, yang diberi sokongan padu penyokong tuan rumah, mencatat kemenangan 21-15, 19-21, 21-11 setelah bertarung selama 84 minit menentang juara Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini.

Ia hanyalah kemenangan ketiganya menentang pemain nombor empat dunia Antonsen dalam lapan pertemuan antara mereka dengan kemenangan pertama diperolehi dalam Kejohanan Malaysia Masters 2020.

Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.

Pencapaian terbaik Zii Jia yang berusia 26 tahun dalam Malaysia Masters adalah peringkat separuh akhir pada 2020 apabila dia tunduk kepada juara pertandingan itu Kento Momota, manakala dia mara ke suku akhir pada 2019.

Bagaimanapun, kempennya berakhir awal dalam edisi lain apabila tersingkir di pusingan pertama pada 2017 dan pusingan kedua pada 2018 dan 2023, dia tidak mengambil bahagian pada 2022, manakala pada 2021 pertandingan itu telah dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: