KLN pantau kejadian tanah runtuh di Papua New Guinea

Lebih 100 rumah tertimbus manakala ratusan dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh di Wilayah Enga, Papua New Guinea.
Lebih 100 rumah tertimbus manakala ratusan dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh di Wilayah Enga, Papua New Guinea.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri (KLN) melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea memantau situasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Wilayah Enga, Papua New Guinea.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, KLN berkata, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Agensi berita AFP melaporkan lebih 100 buah rumah tertimbus manakala ratusan dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan tanah tinggi itu.

Imej yang dikongsikan menunjukkan terdapat serpihan besar batu dan tanah dari rekahan Gunung Mungalo yang juga kawasan hutan tebal.

Aliran lumpur meninggalkan rekahan besar selain menghanyutkan batu bersaiz sebesar kereta, pokok tumbang dan kotoran menuju ke lembah.

Sisa-sisa atap zink banyak kelihatan di kaki gunung, di mana puluhan lelaki dan wanita tempatan berusaha gigih mengalihkan timbunan batu dan mengorek sambil menangis, ketika mencari mangsa yang terperangkap.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: