62 peratus catat nilai pinjaman korporat PPW

Nga Kor Ming (empat dari kanan) merasmikan Majlis Pra Pelancaran Anugerah Kredit Madani (AKM) 2024 di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Nga Kor Ming (empat dari kanan) merasmikan Majlis Pra Pelancaran Anugerah Kredit Madani (AKM) 2024 di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Nilai keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan oleh Pemberi Pinjam Wang (PPW) kepada peminjam korporat iaitu sebanyak 62 peratus dalam tempoh tiga tahun bermula 2021.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT), Nga Kor Ming berkata, manakala baki 38 peratus kepada peminjam individu.

Menurutnya, sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, industri kredit komuniti berkembang dan semakin meluas seiring dengan perubahan global.

"Pinjaman mereka secara berskala sederhana sehingga besar terutama dalam segmen korporat.

"Bagi tahun 2023, anggaran nilai pasaran industri PPW dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) berlesen adalah sebanyak RM24.8 billion merangkumi nilai pinjaman serta pemajakgadaian.

"Nilai tersebut dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pra Pelancaran Anugerah Kredit Madani (AKM) 2024 dekat sini pada Jumaat.

Tambah Kor Ming, KPKT sentiasa komited untuk melaksanakan penambahbaikan kepada industri PPW dan PPG dengan mewujudkan garis panduan bagi peminjam wang secara dalam talian.

"Kami juga menyediakan aplikasi bagi semakan status pelesenan dan maklumat lokasi pejabat syarikat PPW dan PPG berlesen menerusi aplikasi i-KrediKom dan i-Gadaian.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, semua urusan pelesenan (permohonan baharu dan pembaharuan lesen) termasuklah pembayaran fi lesen boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Integrated Data Electronic Pawn and Lending (iDEAL)," jelasnya.

Mengulas mengenai anugerah kredit Madani, beliau memberitahu, sebanyak tujuh kategori kecemerlangan bagi aktiviti PPW dan PPG.

"Penerima anugerah yang layak akan diberikan penghargaan dan ganjaran dalam bentuk hadiah wang tunai bernilai sehingga RM20,000 (tertakluk kepada kategori), sijil penghargaan dan trofi.

"Bagi memastikan penerima anugerah adalah benar-benar layak, juri tapisan dan semakan penerima anugerah yang dicadangkan akan melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti pihak polis, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC)," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!