Etok RM6 secawan, licin dalam tempoh tiga jam

Mat Said mampu menjual 130 kilogram etok yang berperisa asli, manis pedas dan tomyam setiap kali berniaga di pasar malam.
Mat Said mampu menjual 130 kilogram etok yang berperisa asli, manis pedas dan tomyam setiap kali berniaga di pasar malam.
A
A
A

GUA MUSANG - Etok yang dijual RM6 secawan oleh pasangan warga emas dari Felda Chiku 7, dekat sini licin dalam tempoh tiga jam.

Mat Said, 66, dan isterinya Kamariah Ismail, 63, mampu menjual 130 kilogram etok yang berperisa asli, manis pedas dan tomyam setiap kali berniaga di pasar malam.

Menurut Mat Said, dia dan isteri berniaga makanan eksotik tersebut sejak 35 tahun lalu dan sudah mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa menantikan hasil 'air tangan' mereka.

Mat Said membantu untuk kerja-kerja menyalai bagi etok perisa biasa. Gambar kecil: Etok yang dijual RM6 secawan oleh pasangan warga emas dari Felda Chiku 7, di Gua Musang licin dalam tempoh tiga jam.
Mat Said membantu untuk kerja-kerja menyalai bagi etok perisa biasa. Gambar kecil: Etok yang dijual RM6 secawan oleh pasangan warga emas dari Felda Chiku 7, di Gua Musang licin dalam tempoh tiga jam.

"Proses pembuatan ramuan etok berperisa dihasilkan oleh isteri. Saya pula membantu untuk kerja-kerja menyalai bagi etok perisa biasa.

"Setiap perisa mempunyai peminat tersendiri, walaupun harganya kini terpaksa dijual RM6 secawan ekoran kenaikan harga bahan mentah itu," katanya kepada pemberita.

Ujarnya, etok sentiasa mendapat permintaan tinggi kadang kala mereka pula tidak menang tangan.

Etok Mat Said sentiasa mendapat permintaan tinggi kadang kala dipihaknya pula tidak menang tangan.
Etok Mat Said sentiasa mendapat permintaan tinggi kadang kala dipihaknya pula tidak menang tangan.

Artikel Berkaitan:

Mat Said memberitahu, dengan hasil jualan etok mereka mampu menyara tujuh anak hingga ke menara gading.

Menurutnya, selain etok mereka turut menjual beberapa jenis makanan kudapan lain seperti kacang tanah, jering rebus, ubi keladi dan kacang kuda.

Tambahnya, mereka berdua boleh ditemui pada Khamis di Pasar Malam Gua Musang dan Jumaat di Pasar Malam Chiku 3.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!