Kekal dominasi di Nilai, Azizulhasni ganda latihan menjelang Paris 2024

Azizulhasni mempertahankan emas keirin lelaki elit di Kejohanan Trek Kebangsaan 2024.
Azizulhasni mempertahankan emas keirin lelaki elit di Kejohanan Trek Kebangsaan 2024.
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang kembali menggandakan latihan persiapan ke Sukan Olimpik 2024 yang bakal menyingkap tirai di Paris bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Malah Azizulhasni yang lebih dikenali 'The Pocket Rocketman' semakin bermotivasi selepas melabuh tirai mewakili Terengganu di Kejohanan Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional, Nilai, yang menyaksikan beliau mempertahankan emas keirin lelaki elit.

"Alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar di perlumbaan kejohanan kebangsaan 2024.

"Sekarang fokus kembali untuk menggandakan latihan dalam persiapan ke Sukan Olimpik Paris.

"Berbaki 75 hari ke detik perlumbaan. Insya-ALLAH semuanya akan berjalan lancar," katanya yang mendapat julukan The Pocket Roketman berikutan saiz tubuhnya yang kecil.

Sebagai rekod, Paris 2024 merupakan pentas Olimpik ketiga pelumba kelahiran Terengganu tersebut selepas meraih gangsa di Rio 2016, perak di Tokyo 2020, dan kini beliau lebih mengintai sasaran kilauan emas di Paris pada Julai ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: