Pacak khemah tengah jalan tanda protes

Khemah yang dipacak di tengah jalan menyebabkan kesesakan berlaku kerana pengguna tidak boleh menggunakan jalan berkenaan. Foto Agensi
Khemah yang dipacak di tengah jalan menyebabkan kesesakan berlaku kerana pengguna tidak boleh menggunakan jalan berkenaan. Foto Agensi
A
A
A

MAKASSAR - Akibat tidak berpuas hati kerana jalan rosak yang tidak dibaiki sejak berpuluh-puluh tahun oleh pihak berwajib, sekumpulan penduduk di Kampung Lanopi tekad memacak sebuah khemah di tengah jalan.

Ia sebagai tanda protes dan bantahan kepada kerajaan setempat yang disifatkan mereka sebagai tidak bertanggungjawab serta mengabaikan kebajikan rakyat.

Tindakan tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan yang teruk selepas ia ‘mengganggu’ ratusan kenderaan yang menggunakan jalan berkenaan.

Mereka terperangkap selama berjam-jam hingga menimbulkan kekecohan antara penduduk dan pengguna kenderaan.

Pokok pisang ditanam di tengah-tengah laluan sebagai tanda protes jalan rosak. Foto Agensi
Pokok pisang ditanam di tengah-tengah laluan sebagai tanda protes jalan rosak. Foto Agensi

Bagaimanapun, keadaan kembali tenang selepas polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) campur tangan.

Sebelum ini situasi sama dilaporkan berlaku di Desa Martajasah, Madura apabila penduduk kampung berkenaan menanam pokok pisang di tengah jalan yang rosak.

Ia juga sebagai tanda protes penduduk yang mendakwa pihak berwajib tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membaikinya, meskipun ia menjadi punca kemalangan pengguna laluan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!