Rumah Khuzaimi Piee dipecah masuk: Selangor FC harap pelaku ditangkap segera

 Ahmad Khuzaimi Piee
Ahmad Khuzaimi Piee
A
A
A

SELANGOR FC kecewa dengan insiden jenayah pecah rumah yang berlaku kepada pemain pertahanannya, Ahmad Khuzaimi Piee pada Rabu.

Kelab itu dalam satu kenyataan menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak berkuasa dan mengharapkan agar pelaku dapat ditangkap sekali gus dibawa ke muka pengadilan.

Dalam masa sama, kelab Gergasi Merah itu turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut.

"Insiden ini telah menyebabkan Khuzaimi mengalami kerugian harta benda, namun beliau dan keluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

"Berikutan insiden tersebut, laporan polis telah dibuat, dan pihak kelab menyarankan agar orang ramai untuk tidak membuat andaian dan sebarang spekulasi, serta menyerahkan kes ini sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan sebaiknya.

"Pihak kelab merasa kecewa dengan apa yang berlaku dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk jenayah di dalam negara ini.

"Kami mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Khuzaimi dan keluarganya dan diharap pelaku dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah pemain Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk

Artikel Berkaitan:

Kediaman Khuzaimi dipecah masuk dan disedari oleh pemain itu pada jam 9 malam selepas pulang daripada sesi latihan pasukan.

Pencuri telah melarikan sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport miliknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!