2.4 juta benih ikan dilepas di Tasik Kenyir, tingkat hasil pendaratan

Aktiviti pelepasan benih ikan di Tasik Kenyir dilaksanakan sempena pembukaan Sungai Cacing kepada orang ramai bagi menjalankan aktiviti memancing.
Aktiviti pelepasan benih ikan di Tasik Kenyir dilaksanakan sempena pembukaan Sungai Cacing kepada orang ramai bagi menjalankan aktiviti memancing.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Sebanyak 2.4 juta benih ikan dilepaskan di Tasik Kenyir dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 hingga 2023.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, pelepasan benih ikan termasuk spesies terbul dan lampam tersebut dilaksanakan bawah Program Pengayaan Sumber Perikanan Darat Negeri Terengganu.

Menurutnya, usaha dijalankan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan itu dianggarkan menelan kos RM1 juta.

"Tahun ini kita telah melepaskan 250,000 ekor benih ikan di sungai-sungai utama yang menjadi tumpuan aktiviti nelayan darat.

"Terdapat beberapa sungai lagi yang akan menerima benih ikan menerusi progam pengkayaan sumber perikanan darat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Cacing, Tasik Kenyir, di sini, pada Rabu.

Jelas Ruzaidi, pihaknya akan berusaha mencapai sasaran pelepasan 350,000 benih ikan sebagaimana dirancang pada tahun ini.

Ruzaidi
Ruzaidi

"Hasil program ini kita telah lihat dalam tempoh setahun dua ini, berlaku peningkatan pendaratan hasil perikanan yang direkodkan nelayan darat kita.

Artikel Berkaitan:

"Tahun lepas, kita berjaya mendaratkan 190 tan metrik berbanding 160 tan metrik pada tahun sebelumnya," katanya.

Program pelepasan benih ikan itu diadakan sempena pembukaan Sungai Cacing bagi aktiviti memancing oleh Taman Negara Terengganu dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu.

Dalam pada itu, Ruzaidi berkata, orang ramai diminta untuk turut bekerjasama bagi mengekalkan kelestarian sumber perikanan darat dengan mengelak penggunaan kaedah terlarang ketika menangkap ikan.

"Kita ingatkan supaya mereka tidak menangkap ikan menggunakan kaedah terlarang terutama peralatan elektrik, senapang ikan dan sebagainya.

"Berdasarkan Kaedah Perikanan Sungai 1988, sebarang aktiviti menangkap ikan secara terlarang boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

"Kegiatan ini boleh mengganggu sumber perikanan sekali gus menyebabkan kepupusan sumber ikan kita," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!