[VIDEO] 209 mangsa banjir di Perak dipindah ke PPS

A
A
A

PARIT - Seramai 209 mangsa terpaksa dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Perak Tengah selepas kawasan mereka dilanda banjir pada Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa melibatkan 73 keluarga dari Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar dekat Parit.

Pasukan bomba membantu memindahkan mangsa yang terjejas banjir di Parit. Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba membantu memindahkan mangsa yang terjejas banjir di Parit. Foto ihsan Bomba Perak

Anggota bomba membantu memindahkan penduduk di Parit selepas rumah mereka dilanda banjir pada Rabu. Foto ihsan Bomba Perak
Anggota bomba membantu memindahkan penduduk di Parit selepas rumah mereka dilanda banjir pada Rabu. Foto ihsan Bomba Perak

"PPS Sekolah Kebangsaan Simpang 3 dibuka jam 9 malam tadi bagi menempatkan 73 keluarga yang terjejas banjir.

"Jumlah mangsa masih kekal 209 orang setakat jam 8 pagi ini," katanya di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kejadian banjir kilat turut dilaporkan berlaku di kawasan Taman Cempaka Sari di Ipoh berikutan hujan lebat berterusan lebih dua jam.

Hujan lebatbberterusan menyebabkan du kampung di daerah Perak Tengah dinaiki air. Foto: ihsan Bomba Perak
Hujan lebatbberterusan menyebabkan du kampung di daerah Perak Tengah dinaiki air. Foto: ihsan Bomba Perak

"Hujan berterusan menyebabkan limpahan air sungai dan longkang ke laluan-laluan utama penduduk kawasan berkenaan.

"Selain itu, banjir kilat turut dilaporkan di Kampung Tualang, Beruas hingga memasuki beberapa rumah namun, paras air dalam keadaan terkawal.

"Pemantauan bagaimanapun terus dilakukan mengikut keadaan semasa cuaca," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!