Anak MB Perlis, bekas Setiausaha Politik didakwa esok - Azam Baki

Laporan Sinar Harian pada 24 April lalu.
Laporan Sinar Harian pada 24 April lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Anak Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis esok atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata anak Mohd Shukri yang juga pemilik sebuah syarikat akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 pada 8 pagi.

Anak kepada Mohd Shukri direman SPRM pada 24 April lepas bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April.

Mohd Shukri turut ditahan SPRM enam hari kemudian berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri Perlis sejak 2022 dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

Dalam pada itu, seorang bekas setiausaha politik kepada pemimpin parti pembangkang akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8.30 pagi esok.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengenai pertuduhan dihadapinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: