KPN sasar 200,000 hadiri Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024 akan berlangsung selama empat hari bermula esok di Angsana Mall, Johor Bahru.
Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024 akan berlangsung selama empat hari bermula esok di Angsana Mall, Johor Bahru.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menyasarkan kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung pada Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Angsana Mall, Johor Bahru.

Perasmian majlis sambutan tersebut akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8 malam Sabtu ini.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program berkenaan berupaya menjadi satu wadah perpaduan.

"Sambutan ini mampu jadi wadah perpaduan dan dan tapak integrasi yang berlandaskan pendekatan terpilih serta berkesan sehingga ke peringkat akar umbi untuk memperkukuh sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat dalam usaha memelihara ekosistem perpaduan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sambutan Minggu Perpaduan itu merupakan sambutan kali kedua setelah kali pertama diadakan dengan jayanya di Kuching, Sarawak pada tahun lalu.

Program berkenaan menawarkan pelbagai pengisian akitiviti menarik dan interaktif kepada pengunjung seperti pameran rumah KAMI (22 rumah etnik), perkampungan Orang Asli suku kaum Seletar, Mahmeri dan Semai, perkampungan rumah panjang suku kaum Iban, pameran jabatan serta agensi kerajaan dan swasta serta jualan Rahmah.

Turut akan berlangsung pameran dan jualan produk-produk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) progresif, larian uniti, 'foodunites dan foodtruck', permainan e-sports, pertukaran topi keledar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pengurangan kadar kompaun saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan persembahan artis terkenal melalui Malam Irama Sama-Sama Kita.

KPN menerusi kenyataan sama menegaskan, sambutan terbabit menjadi peluang yang sangat berharga untuk rakyat bersama-sama memperkasa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan Malaysia seterusnya mengukuhkan tapak integrasi nasional berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara.

Artikel Berkaitan:

"KPN ingin mengajak orang ramai khasnya kepada rakyat di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan ini," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!