Kerajaan Pahang serius pastikan sayur, buah di pasaran selamat dimakan

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang serius dalam memastikan sayur dan buah yang berada di pasaran selamat dimakan dan mematuhi perundangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, susulan itu satu jawatankuasa kawalan keselamatan penggunaan racun makhluk perosak dalam sayur dan buah ditubuhkan bagi mengawal penggunaan racun makhluk perosak dalam sektor perladangan di negeri ini.

"Kita bersetuju tubuh jawatankuasa itu menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada Selasa dan usaha ini dibuat bagi memastikan kawalan penggunaan racun makhluk perosak bermula dari ladang sehingga di pasaran," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, jawatankuasa itu dipengerusikan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Ir Razali Kassim bersama lapan ahli jawatankuasa.

"Ahli jawatankuasa termasuk Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah; Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), Datuk Ali Syahbana Sabaruddin; Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Hamdan Hussin.

"Seterusnya, Pengarah Pertanian negeri, Muhd Rizal Baharom; Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang, Saiful Sadri; Yang Dipertua Majlid Daerah Cameron Highlands, Azmil Hadid Maznan dan Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!