Anjing baka Pomeranian dari Turkiye dirampas

Anjing baka Pomeranian yang dibawa masuk tanpa permit import Maqis dirampas di KLIA, Isnin lalu.
Anjing baka Pomeranian yang dibawa masuk tanpa permit import Maqis dirampas di KLIA, Isnin lalu.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas seekor anjing baka Pomeranian yang dibawa masuk tanpa permit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, Isnin lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, tindakan itu berjaya dikesan pihaknya kira-kira jam 6.30 petang di Pejabat Maqis KLIA.

Menurutnya, anjing dari negara Turkiye itu dibawa masuk oleh warga Iran tanpa mempunyai permit import Maqis.

"Perbuatan mengimport haiwan tanpa permit yang sah dari Maqis menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

"Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, Maqis akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa masuk ke dalam Malaysia adalah bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Jelasnya, ini bagi memastikan sektor pertanian negara tidak akan terjejas.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!