Double negara tempah slot final berdepan Thailand

Aksi Noraizat (kiri) dan Aidil Aiman (kanan) ketika menentang pasukan Myanmar di peringkat separuh akhir acara beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Selasa. Foto Bernama

A
A
A

TENANG berdepan perang psikologi lawan menjadi resipi kemenangan skuad double negara untuk mara ke pentas final Piala Dunia Sepak Takraw 2024 sebentar tadi.

Duo negara, Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin tidak koyak dengan provokasi double Myanmar, Min Zin Oo dan Wunna Zaw Shein untuk menang 2-0.

Dalam aksi di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur itu, skuad negara menerima sokongan padu kira-kira 1,000 peminat untuk menang 15-10 pada set pertama.

Aksi Noraizat (kanan) ketika menentang pasukan Myanmar di peringkat separuh akhir acara beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Selasa. Foto Bernama
Aksi Noraizat (kanan) ketika menentang pasukan Myanmar di peringkat separuh akhir acara beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Selasa. Foto Bernama

Menjengah set kedua, duo lawan mula melakukan provokasi, namun tidak diendahkan oleh Aidil dan Noraizat untuk menoktahkan kemenangan dengan keputusan 17-16.

Noraizat yang tidak terkesan dengan provokasi itu berkata, mereka hanya fokus kepada permainan dan 'tiada masa' dengan kerenah lawan.

"Saya beritahu Aidil Aiman jangan layan dan tidak terikut dengan rentak lawan.

"Cuma fokus kepada pemainan kita. Alhamdulillah kami pamerkan aksi terbaik dan akhirnya menang," katanya sejurus tamat perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Gelagat penyokong yang hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Malaysia menentang pasukan Myanmar di peringkat separuh akhir acara beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Selasa. Foto Bernama

Dalam saingan akhir pada Rabu, Malaysia bakal berdepan saingan sengit Thailand yang turut ke final selepas menundukkan Indonesia dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!