[VIDEO] Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan

A
A
A

PUTRAJAYA - Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya dipilih buat kali kedua berturut-turut di bawah pemerintahan Kerajaan Madani untuk menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat Kabinet pada Selasa.

Menurutnya, Sabah pula dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September.

"Lokasi khusus sambutan di Sabah akan dibuat selepas mesyuarat pertama yang akan dipengerusikan oleh saya dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew diadakan," katanya.

Fahmi. Foto Bernama
Fahmi. Foto Bernama

Tambah beliau, logo dan tema kedua-dua sambutan itu juga akan diputuskan kelak.

Tahun lalu, kerajaan memperkenalkan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan.

Penganjuran sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya memasuki edisi keenam selepas ia mula diadakan sejak tahun 2003.

Artikel Berkaitan:

Ia turut diadakan pada tahun 2005, 2018 dan 2019 selain tahun lalu.

Pada perkembangan lain, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan menjelaskan, mesyuarat Kabinet tidak membincangkan mengenai komitmen Kelantan untuk menggubal semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan Februari lalu.

"Ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat," katanya.

Terdahulu Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilapor berkata, ketetapan itu selari dengan usul yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lepas.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah kerana DUN tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!