10 cedera dipanah petir

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

DRESDEN - Seramai 10 orang cedera termasuk empat daripadanya parah akibat dipanah petir di bandar Dresden, timur Jerman pada petang Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut jurucakap bomba, dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun yang diserang sakit jantung berjaya diselamatkan.

Dalam keadaan cuaca buruk dan ribut petir yang melanda Dresden, petir telah menyambar mangsa yang berada di tebing sungai Elbe sejurus selepas 5 petang (1500GMT).

Tiga wanita dan tujuh lelaki berusia antara 26 dan 41 tahun cedera. Empat daripada mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Kesemua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke hospital berhampiran.

Perkhidmatan Cuaca Jerman di Leipzig telah memberi amaran mengenai aktiviti ribut petir di beberapa bahagian Saxony manakala bagi Dresden, amaran risiko ribut petir pada tahap dua daripada empat turut dikelurkan.

Polis masih meneruskan siasatan mengenai kejadian itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: