PDRM sarankan pakar bantu kesihatan mental kanak-kanak

Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes jenayah seksual dan kesihatan mental melibatkan kanak-kanak di negara ini perlu diberi perhatian dan ditangani segera.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes berkenaan berada di tahap membimbangkan kerana seawal usia lima tahun sudah ada yang terjebak dengan jenayah tersebut.

"Kejadian itu jelas menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Akses mudah dan terbuka kepada pornografi mengundang kes jenayah seksual dalam kalangan masyarakat apatah perkembangan pornografi pada masa kini sangat berbeza," katanya kepada pemberita selepas program lawatan hospital sempena Hari Polis ke-217 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini pada Selasa.

Beliau sehubungan itu berkata, satu usaha bersama dengan hospital yang mempunyai kepakaran membabitkan kanak-kanak perlu digerakkan, supaya jenayah itu dapat dicegah.

Jelasnya, kerjasama perlu dilaksanakan bersama pakar dan hospital yang mempunyai kemudahan canggih seperti HPKK UKM.

"Perbincangan atau kajian melibatkan konteks kesihatan mental untuk membantu polis dalam menangani kepincangan dalam masyarakat pada masa ini dan mendatang.

"Mungkin selepas ini, pihak polis boleh duduk bersama untuk berbincang dengan lebih lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, PDRM sudah membangkitkan isu tersebut di peringkat kementerian.

"Saya merasakan perkara ini mungkin lebih mendalam dalam konteks penggubalan undang-undang membabitkan konteks jenayah siber," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!