Serlahkan potensi di Piala Negara-Negara Gniezno 2024

Sarjit
Sarjit
A
A
A

SKUAD hoki lelaki negara yang 'berwajah baharu' sekali lagi akan ditampilkan dalam satu lagi kejuaraan kompetitif Piala Negara-Negara 2024 di Gniezno, Poland, bermula 31 Mei hingga 9 Jun ini selepas Piala Sultan Azlan Shah 2024 di Ipoh, Perak yang berakhir 11 Mei lalu.

Namun kali ini, pengendali The Speedy Tigers, Sarjit Singh mengambil pendekatan mempertaruhkan tujuh pemain yang tidak beraksi di Ipoh, selain lima daripada mereka akan membuat merupakan pertama dalam kalangan 20 pemain tersebut.

Penjaga gol, Muhamad Zaimi Mat Deris, tiga pemain pertahanan, (Muhamad Faris Harizan, Muhamad Kamarulzaman Kamaruddin dan Muhammad Arif Syafie Ishak), pemain tengah, (Syawal Abd Razak) serta dua penyerang, (Naaveennash Panicker Thevendran dan Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi), merupakan tujuh pemain yang tidak tersenarai semasa kejuaraan dwi tahunan edisi 30 tersebut.

Mengakui The Speedy Tigers bakal berdepan cabaran sengit di Poland, namun Sarjit Singh mahu pemain-pemainnya mengambil impak keberhasilan kejuaraan tersebut dengan positif.

“Cabaran ini perlu diambil dengan baik oleh barisan pemain serta kami perlu mengharunginya dengan sebaik mungkin bagi melepasi pusingan kumpulan dan seterusnya layak ke separuh akhir.

"Selain itu pemain juga perlu mempunyai keinginan yang tinggi untuk melepasi peringkat kumpulan.

“Pasukan ini merupakan pasukan projek jangka masa panjang jadi tiada tekanan buat pemain-pemain terutamanya pemain muda yang akan meraih caps antarabangsa pertama mereka.

“Bagaimanapun pemain perlu menonjolkan bakat serta potensi yang mereka miliki ketika beraksi di peringkat antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

“Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan pemain ini dapat berkembang dengan secepat mungkin dan membentuk satu pasukan yang terbaik serta mempunyai persefahaman yang baik antara pemain berpengalaman serta pemain muda,” kata Sarjit.

Sebagai rekod, setiap pasukan dibenarkan untuk membawa 20 pemain, namun hanya 18 pemain akan didaftarkan sebagai pemain utama sementara dua pemain akan diletakkan bersiap sedia untuk menggantikan pemain cedera.

Juara kejuaraan itu akan layak secara automatik ke Liga Pro Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang menghimpunkan pasukan terbaik dunia.

Edisi 2024 menyaksikan Speedy Tigers ditampilkan dalam Kumpulan B bersama Perancis, Pakistan dan Kanada manakala Kumpulan A pula Korea Selatan, New Zealand, Afrika Selatan, Poland dan Austria - merebut dua kedudukan terbaik kumpulan untuk ke separuh akhir.

Sebagai rekod edisi pertama Afrika Selatan 2022 di Potchefstroom, Malaysia dijanakan pengendali Arul Selvaraj mengakhiri cabaran di kedudukan keempat selepas dibelasah 0-4 Korea Selatan setelah kemaraan dihentikan Ireland, 0-3 di separuh akhir.

Edisi Afrika Selatan, Malaysia meletakkan sasaran separuh akhir diundi dalam Kumpulan B meraih kemenangan ke atas Jepun (5-1) dan Kanada (3-2) selepas dijinakkan Korea Selatan, 1-0 pada aksi pembukaan.

Sementara itu, pengurus Speedy Tigers, Ahmad Najmi Abdul Razak berkata: "Kejuaraan ini akan memberikan pengalaman yang lebih mencabar kepada pemain-pemain terutamanya enam pemain yang akan meraih caps (penampilan) antarabangsa pertama mereka.

"Apa yang pasukan ingin lihat daripada pemain-pemain ini adalah keberanian untuk memberikan tentangan serta bermain dengan baik.

"Pemain-pemain ini adalah masa depan Malaysia dan mereka perlu ada rasa tanggungjawab yang tinggi ketika membawa cabaran negara sama ada pemain muda atau yang telah berpengalaman.

“Kami ingin melihat satu kerjasama yang baik antara barisan pemain dan kejurulatihan selain pasukan akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan untuk diberikan perhatian.”

SPEEDY TIGERS POLAND 2024

PENJAGA GOL

1. MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMAN

2. MUHAMAD ZAIMI MAT DERIS

PERTAHANAN

3. MUHAMMAD MARHAN JALIL (KAPTEN)

4. SYED MOHAMAD SYAFIQ SYED CHOLAN

5. MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZHAR

6. MUHAMMAD NAJIB ABU HASSAN

7. MUHAMAD FARIS HARIZAN

8. MUHAMAD KAMARULZAMAN KAMARUDDIN

9. MUHAMMAD ARIF SYAFIE ISHAK

TENGAH

10. MOHD FITRI SAARI

11. NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI

12. SHELLO SILVERIUS

13. AZIMUDDIN SYAKIR KAMARUDDIN

14. SYAWAL ABD RAZAK

PENYERANG

15. FAIZAL SAARI

16. MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL

17. MOHAMAD AKHIMULLAH ANUAR ESOOK

18. MUHAJIR ABDU RAUF

19. NAAVEENNASH PANICKER THEVENDRAN

20. NUR RAHULL HRSIKESA THAITCHANA MURUTHI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!