Deretan tragedi jenayah gemparkan negara

Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi Jumaat menggemparkan negara. Foto Bernama
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi Jumaat menggemparkan negara. Foto Bernama
A
A
A

SATU demi satu kes jenayah besar dilaporkan dalam negara.

Merak Jalanan ambil contoh pada pertengahan Ramadan lalu, polis memaklumkan kejayaan tangkapan seorang lelaki Israel di sebuah hotel dengan rampasan enam pucuk pistol di sebuah hotel di ibu negara, Mac lalu.

Susulan itu, polis telah melaksanakan beberapa siri tangkapan termasuk pembekal senjata kepada suspek serta beberapa individu lain.

Selain kes itu, pada minggu awal Hari Raya Aidilfitri, satu kes berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan suspek lelaki yang cuba menembak isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Kes itu juga mengambil masa siasatan selepas sehari kemudian tertangkapnya suspek di Kota Bharu, Kelantan.

Bagi Merak Jalanan yang mengikuti rapat kes terbabit, ia merupakan antara kes besar yang berlaku dalam masa dan jarak yang dekat antara satu sama lain.

Memasuki bulan Mei, dua kes jenayah terus menggemparkan negara iaitu serangan ke atas tiga pemain bola sepak negara serta tragedi Balai Polis Ulu Tiram di Johor.

Sangat pelik dan menakutkan apabila serangan pemain bola sepak berlaku pada Akhyar Rashid, disusuli Faisal Halim serta Safiq Rahim.

Artikel Berkaitan:

Hingga kini kes ini masih menjadi misteri dan pihak polis masih menyiasat termasuk motif kejadian.

Merak Jalanan juga mengucapkan takziah kepada warga polis serta ahli keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang meninggal dunia selepas diserang suspek di Balai Polis Ulu Tiram.

Diharap pihak berkuasa dapat merungkai kes terbabit.

Merak Jalanan yakin dan percaya pihak polis pasti akan dapat menyelesaikan kes terbabit susulan penahanan individu yang kini sedang menjalani tempoh reman.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!