Netanyahu boleh dihadapkan ke ICC jika berjaya ditangkap

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SEBAIK sahaja bukti mewujudkan alasan yang munasabah untuk mempercayai seseorang itu bertanggungjawab atas jenayah kekejaman, pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) boleh meminta kamar praperbicaraan untuk mengeluarkan saman atau waran tangkap.

Saman boleh dikeluarkan jika kamar praperbicaraan berpuas hati bahawa pihak yang didakwa itu akan hadir ke kamar mahkamah dan mempunyai syarat yang mencukupi untuk memastikan kehadiran individu terbabit.

Waran tangkap boleh dikeluarkan jika kamar praperbicaraan percaya bahawa penahanan individu tersebut perlu untuk memastikan tertuduh hadir ke perbicaraan.

Ia juga boleh dikeluarkan jika hakim berpendapat perlu untuk memastikan tertuduh tidak menghalang penyiasatan atau untuk menghalang tertuduh daripada terus melakukan jenayah yang serupa dengan jenayah yang dia disyaki lakukan.

Kerjasama dan bantuan

Melaksanakan waran tangkap bergantung kepada kerjasama negara tempat tertuduh itu berada, dan pasukan polisnya.

Ini kerana ICC tidak mempunyai pasukan polis sendiri.

Kes Omar al-Bashir

Artikel Berkaitan:

Kes Presiden Sudan Omar al-Bashir menggambarkan masalah dan cabaran yang terus dihadapi oleh ICC.

Terdapat dua waran tangkap telah dikeluarkan oleh pihak ICC kepada Omar untuk jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukannya.

Bagaimanapun, Omar masih bebas, namun waran tangkap telah mengurangkan bilangan negara yang boleh dia pergi dengan selamat,

Tetapi dia masih dapat meneruskan perjalanan ke banyak negara termasuk ke negara anggota yang ada kerjasama dengan pihak ICC.

Tindakan terhadap Omar tidak akan berlaku sehinggalah Sudan atau negara lain bersedia untuk menangkap dan hadapkan dia ke ICC.

Walaupun ICC menghadapi kesukaran dan cabaran yang berterusan, tetapi badan perundangan antarabangsa itu juga telah berjaya melaksanakan tangkapan menerusi kerjasama dengan negara anggota ICC.

Pada 23 Mei 2008, kamar praperbicaraan mengeluarkan waran tangkap untuk Jean-Pierre Bemba dari Republik Afrika Tengah berikutan penahanannya pada 1 Julai 2008.

Mahkamah Belgium memutuskan bahawa Bemba harus dihantar ke ICC.

Perintah mahkamah Belgium telah dilaksanakan dan Bemba telah hadir ke hadapan ICC pada 4 Julai 2008.

ICC juga pernah mendapat kerjasama dari bukan negara anggota ICC.

Pada bulan Mac 2013, Amerika Syarikat dan Rwanda bekerjasama untuk memindahkan Bosco Ntaganda dari Republik Demokratik Congo ke The Hague.

Ntaganda mempunyai waran tangkap ICC dan dia telah menyerah diri di kedutaan Amerika Syarikat di Rwanda.

Rwanda mahupun Amerika Syarikat bukan negara anggota ICC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!