Lubnan berkabung tiga hari

Najib Mikati. Foto fail Reuters
Najib Mikati. Foto fail Reuters
A
A
A

TEHERAN - Perdana Menteri sementara Lubnan, Najib Mikati mengisytiharkan negara itu berkabung selama tiga hari berikutan kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam nahas helikopter, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Mikati mengeluarkan memorandum pada Isnin bagi Lubnan melaksanakan perkabungan selama tiga hari selepas bangkai helikopter yang membawa Presiden Raisi dan anggota delegasinya ditemukan di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian turut berada dalam helikopter yang terhempas itu. - Bernama/IRNA

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!