Penganggur diberkas cuba samun peniaga guna parang

Penganggur diberkas bersama sebilah parang dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun di sebuah kedai runcit dekat Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.
Penganggur diberkas bersama sebilah parang dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun di sebuah kedai runcit dekat Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dipercayai terlibat dalam cubaan samun sebuah kedai runcit di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini yang tular menerusi video diberkas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 12.08 tengah hari.

"Susulan itu usaha memburu suspek dijalankan sebelum dia ditahan di tepi Jalan Datuk Abdullah Yasin, Kampung Baru kira-kira jam 2.54 petang.

"Turut dirampas sebilah parang berukuran 46 sentimeter," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, suspek merupakan lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu didapati positif dadah.

"Suspek turut memiliki 14 rekod kesalahan jenayah terdiri daripada kesalahan jenayah dan dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada Sabtu tular video memaparkan seorang peniaga menempuh detik cemas apabila cuba ditetak lelaki berparang dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit dekat Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!