Malaysia perlu 84 balai bomba baharu - KPKT

Kor Ming (tengah) dan para peserta menyertai Program Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir malam Sabtu. Foto Bernama
Kor Ming (tengah) dan para peserta menyertai Program Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir malam Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, setakat ini Malaysia mempunyai 337 balai bomba dan indeks risiko kebakaran dijadikan sebagai pengukur dalam menentukan keperluan menambah jumlah balai bomba.

"Jadi mana-mana (kawasan) yang ada keperluan mendesak, kita akan bina dahulu dan sudah tentu perkara ini bergantung kepada kewangan negara dan pembinaannya akan dilakukan mengikut fasa," katanya kepada pemberita di sini malam Sabtu.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian acara Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia MADANI di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad.

Beliau berkata, pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu serta balai sedia ada.

Setakat ini jumlah anggota bomba di seluruh negara hampir 15,000 orang dan pengisian jawatan juga hampir penuh manakala bagi pengambilan baharu pada tahun ini seramai 509 telah dipilih.

Beliau berkata, KPKT serta JBPM juga sentiasa memastikan anggota dan pegawai yang bertugas sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai apa yang berlaku sejak kebelakangan ini termasuk insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, beliau berkata setiap balai bomba serta anggotanya sentiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang perkara tidak diingini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Malaysia perlu 84 balai bomba baharu - KPKT #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #BalaiBomba #KPKT #NgaKorMing #JBPM

Strength of a Thousand Men (Instrumental) - Two Steps from Hell