'Kami main bersama West Ham, bukan bantu City atau Arsenal'

David Moyes
David Moyes
A
A
A

PRESTASI West Ham United boleh mempengaruhi sama ada kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dimenangi Manchester City atau Arsenal pada perlawanan terakhir musim ini.

Namun pengendali The Hammers, David Moyes menegaskan tumpuan utama kunjungan ke Stadium Etihad adalah mengakhiri perlawanan bersama kelab London itu dengan keputusan positif.

“Bola sepak adalah permainan yang pelik. Anda tidak pernah tahu detik-detik yang akan memberi anda peluang untuk menang dan kami perlu cuba mengambil peluang itu selagi kami boleh ke arah itu.

“Kami tidak bermain untuk buat Manchester City kalah dalam Liga Perdana Inggeris dan kami tidak bermain untuk menjadikan Arsenal menang Liga Perdana Inggeris.

“Kami bermain untuk West Ham dan cuba memenangi perlawanan untuk West Ham. Kami tidak boleh menamatkan saingan di bawah tempat kesembilan,” kata Moyes.

Ditanya sama ada mereka akan cuba untuk menewaskan Manchester City supaya Declan Rice, yang berpindah ke Arsenal tahun lalu, boleh memenangi kejuaraan liga, Moyes berkata, semua orang di sini menyayangi Declan.

"Semua orang akan mengingatinya, tetapi kami tidak melakukannya untuk Declan, kami melakukannya untuk diri kami sendiri." katanya.

LIGA PERDANA INGGERIS

Artikel Berkaitan:

Jadual Perlawanan

AHAD (19 MEI)

Manchester City lwn West Ham United

Arsenal lwn Everton

Liverpool lwn Wolverhampton

Crystal Palace lwn Aston Villa

Sheffield United lwn Tottenham Hotspur

Chelsea lwn Bournemouth

Brighton lwn Manchester United

Brentford lwn Newcastle United

Luton Town lwn Fulham

Burnley lwn Nottingham Forest

* Semua perlawanan bermula jam 11

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!