'Saya kekal musim depan di Manchester City' - Guardiola

Pep Guardiola
Pep Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola memberi bayangan akan meninggalkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas memacu kelab merangkul kejuaraan keenam dalam tempoh tujuh tahun.

"Realitinya saya lebih hampir untuk pergi daripada tinggal di Manchester City.

"Kami telah berbincang dengan pengurusan kelab, cuma perasaan saya sekarang masih mahu kekal.

"Saya akan kekal musim depan. Tetapi lapan atau sembilan tahun lagi - kita akan lihat," kata pengendali kelahiran Sepanyol itu, menjelaskan bahawa tiada pemergian segera dari kelab yang diuruskannya sejak 2016 itu

Guardiola sebelum itu mengetuai angkatan The Citizens merangkul kejuaraan keempat berturut-turut liga teratas England tersebut selepas menjinakkan West Ham United, 3-1 di Stadium Etihad.

Kejayaan bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich itu menyaksikan Manchester City mencipta sejarah muncul kelab pertama saingan liga utama England menjulang kejuaraan untuk empat musim berturut-turut.

Dalam pada itu, Guardiola mengakui dia secara semula jadi keletihan selepas mengetuai satu lagi usaha fantastik yang berakhir dengan gelaran keenam dalam tempoh tujuh tahun bersama City.

Biarpun begitu Guardiola meyakinkan penyokong-penyokong City bahawa dia bersedia untuk cabaran final Piala FA menentang Manchester United di Stadium Wembley pada 25 Mei ini.

Artikel Berkaitan:

INFO

Pep Guardiola pengendali pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) memenangi empat kejuaraan berturut-turut, selain dua kejuaraan treble

ENGLAND

Liga Perdana Inggeris - 6

Perisai Komuniti - 2

Piala FA - 2

Piala Liga - 4

KELAB EROPAH

Piala Super UEFA - 4

Liga Juara-Juara - 3

KELAB DUNIA

Piala Dunia Kelab - 4

SEPANYOL

La Liga - 3

Supercopa - 3

Piala Raja Sepanyol - 2

JERMAN

Bundesliga - 3

Piala Jerman- 2

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!