Mawi filemkan kisah sakit misteri Ustaz Kazim

Kisah Ustaz Kazim yang pernah berdepan penyakit misteri telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk diangkat menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim. Foto: Instagram cahayaasmawi
Kisah Ustaz Kazim yang pernah berdepan penyakit misteri telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk diangkat menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim. Foto: Instagram cahayaasmawi
A
A
A

SHAH ALAM - Kisah pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Kazim Elias yang pernah berdepan penyakit misteri telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk diangkat menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Menurut Mawi, apa yang menarik adalah pendakwah itu juga bersetuju membintangi filem berkenaan.

Mawi yang juga penerbit dan pengarah filem tersebut berkata, jalan ceritanya pula memaparkan kira-kira 70 hingga 80 peratus kisah sebenar yang dipaparkan.

“Kami berjumpa dan beliau berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu. Saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau.

“Akhirnya saya minta kebenaran untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat cerita tentang pengalaman yang dilaluinya berhadapan penyakit misteri.

“Syarat paling utama, Ustaz Kazim sendiri mahu menjadi ‘hero’. Pada awalnya, saya dah ada pilihan, namun beliau sendiri nak lakonkan watak dirinya. Memang agak terkejut namun saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” katanya, memetik laporan Gempak.

Zim Zim Ala Kazim akan mengangkat kisah sebenar yang dialami pendakwah dan pencermah bebas, Ustaz Kazim. Foto: Instagram cahayaasmawi
Zim Zim Ala Kazim akan mengangkat kisah sebenar yang dialami pendakwah dan pencermah bebas, Ustaz Kazim. Foto: Instagram cahayaasmawi

Tambah Mawi, penggambaran filem itu berjalan lancar, namun mengakui ada berlaku beberapa kejadian mistik.

Artikel Berkaitan:

“Ada satu masa itu ketika nak memulakan penggambaran, tiba-tiba penyakit Ustaz Kazim menyerang semula.

“Sehinggakan kulit beliau ada keluar darah. Apa pun situasi berkenaan dapat diatasi dengan baik,” jelasnya.

Zim Zim Ala Kazim berkisarkan tentang sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal.

Filem kedua arahan Mawi itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar selaku teraju utama.

Dalam satu misi pencarian, mereka telah menemukan sesuatu yang pelik dan mereka mendapati bahawa Ustaz Kazim di dalam keadaan bahaya.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk menyelamatkan Ustaz Kazim.

Filem itu turut menampilkan Ustaz Kazim sebagai ‘hero’ dan Mawi manakala penggambaran dibuat sekitar dua tahun lalu selama 15 hari di kawasan sekitar rumah penceramah itu sendiri di Kampung Manjoi, Perak.

Filem Zim Zim Ala Kazim akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!