Tiada keperluan tubuh jawatankuasa pantau program masyarakat India - Ramanan

Ramanan menyampaikan ucapan perasmian bagi Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2024 di Menara Berkembar Bank Rakyat pada Sabtu. Foto Bernama
Ramanan menyampaikan ucapan perasmian bagi Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2024 di Menara Berkembar Bank Rakyat pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang keperluan untuk mewujudkan satu jawatankuasa bagi memantau pelaksanaan semua perancangan dan program masyarakat India seperti cadangan yang dikemukakan Majlis Penasihat India Selangor (SICC).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan berkata, kerajaan kini sudah mempunyai banyak jawatankuasa dan isu tersebut tidak akan berbangkit selagi pihak yang diberi amanah menjalankan tugas dengan baik.

"Ini pandangan peribadi saya, kita sudah ada banyak jawatankuasa. Tak payah nak tubuhkan jawatankuasa lagi.

"Buat masa sekarang sudah ada pasukan dan rangkaian untuk mereka berjalan. Jadi ikut sahaja (yang sedia ada). Masalahnya sekarang semua orang nak duduk di satu tempat untuk laksanakan satu tugas, (contoh) 10 orang lakukan tugas sama.

"A cakap pergi ke kanan, B pula cakap ke kiri, akhirnya kita tengok mereka sampai ke bulan apa pun tak jadi," katanya ketika sidang akhbar di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2024 pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan, Pengerusi SICC, Charles Santiago berkata, jawatankuasa itu boleh diletakkan di bawah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk memantau peruntukan pembangunan masyarakat India yang disalurkan kepada agensi seperti Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

Katanya, terdapat beberapa isu penting yang perlu diperhatikan berhubung pelaksanaan program tersebut, antaranya jumlah yang membuat permohonan dan jumlah penerima bantuan.

Tambah beliau, jawatankuasa tersebut perlu diberi kuasa untuk menentukan apakah sebarang impak sosial terhasil daripada peruntukan yang disalurkan untuk mengatasi masalah masyarakat India.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, laporan lengkap diperlukan berkenaan impak yang terhasil daripada program-program yang dilaksanakan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!