Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban

Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang meninggal dunia dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Sabtu.
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang meninggal dunia dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang meninggal dunia dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Sabtu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani.

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada jam 11.40 pagi disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Raja Zarith Sofiah meluangkan masa kira-kira 10 minit menyantuni keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang terkorban.

Seri Paduka Baginda turut berkenaan menyampaikan sumbangan peribadi kepada kedua-dua ahli keluarga anggota berkenaan.

Terdahulu jenazah kedua-dua anggota berkenaan selamat tiba di masjid berkenaan jam 9.30 pagi dan disembahyangkan jam 10.40 pagi.

Kira-kira 500 pegawai dan anggota polis serta ahli keluarga dan kenalan mangsa hadir di masjid bagi memberikan penghormatan buat kedua-dua anggota berkenaan.

Jenazah Ahmad Azza Fahmi akan dibawa pulang ke Bidor, Perak manakala Konstabel Muhammad Syafiq di Gambang, Pahang untuk dikebumikan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!