Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 anggota, pegawai polis sertai solat jenazah

Solat jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Hampir 500 anggota dan pegawai polis menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat.

Solat jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu.

Hampir 500 anggota dan pegawai polis menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat.
Hampir 500 anggota dan pegawai polis menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat.

Turut menyertai solat jenazah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sebelum itu, warga IPK Johor beramai-ramai memenuhi ruang masjid seawal jam 9 pagi untuk bacaan yasin dan tahlil.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar akan dikebumikan di Bidor, Perak, manakala jenazah Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said akan dikebumikan di Kuantan, Pahang.

Sebelum itu, dalam sidang akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memberi jaminan kebajikan keluarga anggota terkorban akan dijaga sebaiknya.

"Polis johor telah mengadakan persiapan sehabis baik dari sudut pertama memaklumkan insiden kepada keluarga. Kedua menyelesaikan mengatur urusan penghantaran ke hospital bagi tujuan post mortem.

Artikel Berkaitan:

"Seterusnya dibuat persiapan solat jenazah dan akan diselesaikan sehingga jenazah dihantar ke kampung halaman di Perak dan Pahang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!