Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tujuh termasuk seorang warga Singapura direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tujuh termasuk seorang warga Singapura direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua individu terbabit telah dibenarkan pulang selepas keterangan mereka diambil.

Beliau berkata, siasatan dijalankan serta-merta oleh pihak polis selepas insiden berlaku.

"Polis mempunyai pangkalan data lengkap berkaitan insiden jenayah dalam negara. Apabila dapati corak serangan dengan menjadikan balai polis sasaran, kita padankan dengan profil dalam pangkalan data.

"Hasil siasatan dan maklumat yang diperolehi daripada 46 individu berkenaan pasukan Polis Diraja Malaysia Diraja Malaysia (PDRM) mendapati suspek yang melakukan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian.

"Serangan ke atas balai polis semalam (Jumaat) dilakukan suspek secara sendirian bukan membabitkan organisasi besar dan terancang," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, setakat ini polis mengambil keputusan untuk menahan lima ahli keluarga suspek yang berusia 19 hingga 62 tahun bagi siasatan lanjut.

Kesemua mereka dilaporkan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!