Suri rumah rugi lebih RM15,000 ditipu tawaran kerja 'review hotel'

Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila tawaran kerja 'review' hotel bagi menambah pendapatannya bertukar mimpi ngeri selepas mengalami kerugian lebih RM15,000. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Hoo Chang Hook)
Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila tawaran kerja 'review' hotel bagi menambah pendapatannya bertukar mimpi ngeri selepas mengalami kerugian lebih RM15,000. - Gambar hiasan 123RF (Gambar kecil: Hoo Chang Hook)
A
A
A

JEMPOL - Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila tawaran kerja 'review' hotel bagi menambah pendapatannya bertukar mimpi ngeri selepas mengalami kerugian lebih RM15,000.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 33 tahun itu tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau petang Jumaat selepas merasa tertipu.

Menurutnya, hasil siasatan mangsa terpedaya dalam urusan tawaran kerja dari sebuah syarikat melalui iklan facebook yang dikongsikan ibu saudaranya sebelum berurusan lanjut melalui WhatsApp pada 14 Mei lalu.

“Mangsa diterangkan perlu membuat tugasan atau review dan pembayaran ke dalam aplikasi yang diberikan dengan pulangan komisen antara enam hingga 10 peratus berdasarkan jumlah wang yang dibayar semula kepada akaun mangsa.

“Pada awalnya mangsa membuat 14 kali transaksi dan menerima pulangan wang dalam akaun banknya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, bagaimanapun sehingga tugasan yang ke-15, aplikasi berkenaan mempunyai masalah dan mangsa diminta membuat bayaran lain untuk dilengkapkan bagi menerima komisen semula.

“Mangsa seterusnya membuat transaksi bagi tujuan tersebut dan merasa tertipu apabila masih perlu membuat pembayaran dalam amaun tertentu. Dalam kes ini, mangsa mengalami kerugian RM15,850,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berlainan Chang Hook berkata, seorang kontraktor lelaki berusia 34 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol malam Jumaat selepas terperdaya dengan tawaran pinjaman tidak wujud.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa sebelum itu melihat dan mencari iklan pinjaman wang di laman facebook dan kemudian dihubungi satu nombor WhatsApp serta diminta membuat transaksi untuk proses pinjaman wang.

“Mangsa membuat dua kali transaksi ke akaun yang diberikan sebanyak RM6,450 untuk pinjaman wang sebanyak RM30,000. Bagaimanapun, wang pinjaman masih tidak diperoleh selain diminta untuk membuat pembayaran lagi sebanyak RM5,500.

Menurutnya, kedua-dua kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!