Lama menyepi dari dunia hiburan, Julia Ziegler seronok jadi ibu

Julia ketika ditemui Sinar Harian di majlis Mum2Mum di The Acre by Farm Fresh pada Khamis.
Julia ketika ditemui Sinar Harian di majlis Mum2Mum di The Acre by Farm Fresh pada Khamis.
A
A
A

HAMPIR lima tahun menyepi dari dunia hiburan, pelakon dan model, Julia Ziegler mengakui seronok menjadi seorang ibu sehinggakan tidak sempat membahagikan masa antara anak-anak dengan kerjaya lakonan.

Pemilik nama sebenar Julia Ziegler Bob Fauzi berkata, kehidupan bergelar isteri dan ibu kepada Ivana, 5, serta Rayden Johan, 4, agak membataskan pergerakannya untuk menerima tawaran berlakon atau meluangkan masa dengan kawan-kawan di acara keramaian.

Bagaimanapun, pelakon filem Jangan Tegur itu tidak menolak kemungkinan bakal membuat kemunculan semula berikutan anak-anak sudah meningkat usia.

“Memang seronok dapat keluar ke majlis, berjumpa rakan-rakan selebriti dan kembali aktif di media sosial.

“Kebiasaannya terima tawaran kerja ketika hujung minggu sebab anak-anak bersekolah dan tiada pembantu rumah, semuanya saya uruskan sendiri.

“Saya amat menikmati kehidupan sebagai ibu, tetapi mestilah rindu berlakon. Kena tengok juga rezeki di mana yang sesuai dengan jadual harian,” katanya.

Aktres tinggi lampai berumur 40 tahun tersebut berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di majlis Mum2Mum di The Acre by Farm Fresh pada Khamis.

Julia bersama keluarga kecilnya ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini. FOTO/ Instagram iam.julia.ziegler
Julia bersama keluarga kecilnya ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini. FOTO/ Instagram iam.julia.ziegler

Artikel Berkaitan:

Antara rakan artis yang turut hadir ialah duta Farm Fresh dan Mum2Mum, Datuk Seri Siti Nurhaliza; pelakon, Dynas Mokhtar serta pempengaruh media sosial, Sasha Abd Aziz.

Julia juga memaklumkan, dia enggan terlalu meletakkan kepercayaan terhadap pengasuh rentetan isu penderaan kanak-kanak yang berlaku saban hari kerana bimbang berlaku perkara tidak diingini.

“Saya sendiri takut nak hantar anak dekat orang gaji atau percayakan orang luar, tetapi kita perlu ada kepercayaan. Kalau perkara dah nak jadi, Kun Faya Kun.

“Kejadian hilang anak atau meninggal di rumah pengasuh ini memang saya harap tidak berlaku kepada sesiapa, kalau saya pun, dunia saya akan hancur.

“Justeru, guru-guru perlu selidik latar belakang pendidikan atau kesihatan mental pengasuh terlebih dahulu sama ada layak atau tak untuk jaga budak-budak,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!