MAIWP beri insentif RM500 kepada 289 jemaah haji B40

Kumpulan pertama seramai 282 orang jemaah haji Malaysia, selamat tiba di Makkah selepas enam hari berada di Madinah. Foto Bernama
Kumpulan pertama seramai 282 orang jemaah haji Malaysia, selamat tiba di Makkah selepas enam hari berada di Madinah. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberikan insentif sebanyak RM500 kepada 289 orang bakal jemaah haji daripada keluarga B40 Wilayah Persekutuan, untuk musim haji tahun 2024M/1445H.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan pada Jumaat berkata, pemberian insentif itu, sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada kebajikan masyarakat B40, serta mereka yang memerlukan.

"Ini sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk meringankan beban masyarakat, serta diharapkan dapat membantu para jemaah haji terlibat,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi tahun 1445H/2024 dan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.

Tahun ini, hari Wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah yang dijangka pada Sabtu, 15 Jun. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: