Laporan awal nahas pesawat dalam tempoh 30 hari

Anggota BSKU mengangkat keluar enjin pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda dan dibawa ke sebuah hangar di Subang.
Anggota BSKU mengangkat keluar enjin pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda dan dibawa ke sebuah hangar di Subang.
A
A
A

SHAH ALAM - Laporan awal siasatan pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar, Klang pada Selasa lepas akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 - Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13), telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.

“Penyiasatan akan diteruskan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan, dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan berlaku kemalangan yang sama pada masa hadapan,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan sebuah pesawat telah terhempas dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar.

MOT memaklumkan, berdasarkan siasatan awal, pesawat berkenaan memiliki tanda pendaftaran I-POOC adalah milik Blackshape S.p.A yang merupakan sebuah syarikat Itali.

Kata kenyataan itu lagi, Sky Media Ltd merupakan sebuah syarikat Hong Kong bertindak sebagai pengedar pesawat bagi pihak Blackshape S.p.A untuk rantau Asia Tenggara.

“Sky Media Ltd telah melantik Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST) iaitu sebuah syarikat Singapura, untuk perkhidmatan pemasaran bagi pesawat Gabriel BK160TR.

“AST telah melantik juruterbang yang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk mengendalikan pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran I-POOC) bagi tujuan promosi kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia,” jelas MOT.

Artikel Berkaitan: