Dua termasuk pengarah syarikat direman kes tuntutan palsu RM77,000

Dua termasuk pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan kes tuntutan kerja pembekalan RM77,000.
Dua termasuk pengarah syarikat direman bagi membantu siasatan kes tuntutan kerja pembekalan RM77,000.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai dua individu termasuk seorang pengarah syarikat direman selama lima hari bermula Khamis di Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bagi kerja-kerja pembekalan kepada sebuah institusi pendidikan negeri sebanyak RM77,000 sedangkan projek tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Majistret, Farah Rosnan mengeluarkan perintah reman sehingga 20 Mei ini, selepas membenarkan permohonan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek perempuan yang juga merupakan pengarah syarikat dan seorang suspek lelaki berusia 50-an, ditahan pada jam 6 petang, Rabu, ketika hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek direman bagi siasatan dua tuntutan bayaran daripada dua syarikat yang berbeza, bernilai antara RM36,000 dan RM41,000.

“Tuntutan bayaran tersebut, bertujuan membekalkan makan minum, dobi, bahan latihan dan promosi tetapi ia tidak dilaksanakan sepenuhnya,” kata sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: