Kalah di Kimanis: PH kena fikir langkah menangi semula hati rakyat

Anwar - Foto fail Bernama
Anwar - Foto fail Bernama
A
A
A

PORT DICKSON - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen itu menunjukkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu memikirkan langkah yang lebih berkesan untuk memenangi semula hati rakyat.

Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa sebaliknya menerima kenyataan dan berbuat sesuatu bagi mengelak sokongan terhadap PH terus merosot.

"Kita sudah dapat keputusan dan kena terima seperti biasa, tahniah kepada calon yang menang teruskan khidmat... saya percaya di Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, kita akan terus tingkatkan usaha,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2020 Port Dickson di Taman Lukut Hartamas di sini, malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Itu pendapat orang Sabah: Dr Mahathir

Kimanis kekal milik BN, majoriti lebih besar

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada PRK kawasan itu hari ini.

Calon BN Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: