X

Kindly register in order to view this article
!

Kimanis kekal milik BN, majoriti lebih besar

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis dengan majoriti 2,029 undi.

Calonnya, Datuk Mohamad Alamin memperoleh 12,706 undi sementara calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menerima 10,677 undi.

Proses pengundian yang berakhir jam 5 petang melibatkan 29,619 daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi di kesemua 19 pusat mengundi dengan 68 saluran dibuka tepat jam 7.30 pagi tadi.

PRK ini diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Anifah Aman di Kimanis pada pilihan raya umum 2018 selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mematuhi prosedur pilihan raya yang sepatutnya.

Pada pilihan raya umum lepas, Anifah yang mewakili BN menang tipis dengan 156 undi majoriti selepas meraih 11,942 undi, sementara Karim yang turut bertanding ketika itu, meraih 11,786 undi.

BN disokong oleh PAS dan parti pembangkang tempatan manakala Warisan disokong oleh Pakatan Harapan. Kempen PRK ini bermula pada 4 Jan lalu dan berlangsung selama dua minggu.