Dua kabin tambahan bantu atasi kepadatan murid

Mohd Fared
Mohd Fared
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri memperuntukkan dua kabin tambahan dalam usaha menangani isu kepadatan murid di Sekolah Agama Taman Pulai Indah di Kota Iskandar.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kedua-duanya dilengkapi dengan kemudahan mengajar seperti dalam kelas sekali gus melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

“Perkara ini telah pun diatasi dengan memperuntukkan dua kabin tambahan yang dilengkapi dengan kelengkapan mengajar seperti sebuah kelas.

“Malah, kabin ini juga telah siap 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad mengenai isu kepadatan di sekolah agama berkenaan.

Pandak dalam perbahasan menjunjung kasih titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin mendakwa, perkara itu turut menyebabkan aktiviti P&P terpaksa dibuat di kawasan kaki lima dan koridor sekolah.

Sementara itu Mohd Fared berkata, kerajaan Johor juga akan sentiasa memastikan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan dalam keadaan selesa dan kondusif khususnya bagi sekolah-sekolah bawah kerajaan negeri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: