Siasatan dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon

Ewon Benedick (dua dari kanan) beramah mesra bersama sebahagian ahli-ahli koperasi pada Majlis Peluncuran Program Jom Jelajah Koperasi 2024 di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kampung Hulu Cuchoh pada Khamis. Foto Bernama
Ewon Benedick (dua dari kanan) beramah mesra bersama sebahagian ahli-ahli koperasi pada Majlis Peluncuran Program Jom Jelajah Koperasi 2024 di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kampung Hulu Cuchoh pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.

Beliau berkata, aduan mengenai perkara itu telah diterima dan siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca serta asas perkara berkenaan timbul.

"Dalam siasatan...saya terima aduan dan siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian JEJAK di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kg Hulu Chuchoh di sini pada Khamis.

Semalam, dilaporkan Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (Kowamas) yang menawarkan pinjaman sehingga RM200,000 kepada kakitangan awam kini dibelenggu dakwaan peminjamnya disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata pihaknya telah berhubung dengan Kowamas dan mereka memberi kerjasama yang baik.

Ahmad Norihan berkata beliau dengan Pengerusi Eksekutif SKMl, Rusli Jaafar sedang meneliti punca dan permasalahan sebelum tindakan sewajarnya diambil. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: