'Bayar RM500 ditemani gadis berhibur'

Sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur menawarkan khidmat GRO kepada pelanggan digempur polis pada Selasa.
Sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur menawarkan khidmat GRO kepada pelanggan digempur polis pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bayar hingga RM500 dan pilih gadis pelayan pelanggan (GRO) sebagai peneman berhibur, itu antara kegiatan yang dikesan dalam serbuan dua pusat hiburan di ibu negara, pada Selasa.

Serbuan Op Noda masing-masing di Taman Miharja dan Taman Shamelin Perkasa itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.45 malam.

Ketika serbuan, terdapat pengunjung yang leka berkaraoke selain beberapa cubaan GRO menyembunyikan diri bagi elak dicekup polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji berkata, serbuan ini berjaya menahan 32 wanita warga asing disyaki GRO serta dua lelaki tempatan sebagai penjaga premis.

"Serbuan pertama berjaya menahan 16 GRO warga Vietnam dan seorang penjaga premis, manakala serbuan kedua bertindak menangkap 10 GRO warga Thailand serta enam Vietnam selain seorang penjaga premis.

"Siasatan awal mendapati pusat hiburan dikesan menawarkan khidmat GRO kepada pelanggan dengan bayaran tip dipercayai sekitar RM100 hingga RM500 untuk layanan minum dan berhibur," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, wanita asing ini dikesan telah melakukan kesalahan salah guna pas lawatan sosial.

Tambah Habibi, sepanjang serbuan terbabit, polis telah memeriksa 53 individu membabitkan pekerja dan pelanggan premis terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Antara kesalahan yang dikesan ialah pusat hiburan dipercayai beroperasi tanpa lesen selain menggajikan pekerja asing tanpa permit sah," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!