Beli diesel melalui persatuan nelayan

Laporan Sinar Harian pada Isnin. Abdul Hamid (kanan).
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Abdul Hamid (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) mencadangkan agar semua pembelian minyak diesel harus melalui persatuan tanpa melibatkan mana-mana pihak swasta bagi memastikan sumber bahan api itu sampai secara terus kepada nelayan.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari berkata, campur tangan pihak swasta dikhuatiri akan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual diesel kepada orang lain.

Katanya, dalam masa sama kerajaan juga perlu menyediakan tempat yang sesuai bagi memudahkan nelayan memperoleh minyak hanya daripada persatuan.

“Sudah pasti langkah penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pembelian diesel bersubsidi dalam kalangan nelayan cukup baik dan sebagai pengerusi Nekmat kita menyahut seruan ini.

“Oleh itu, kita harap supaya pihak kerajaan terutama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dapat pastikan semua persatuan nelayan perlu ada tempat yang baik untuk menyimpan minyak.

“Maksudnya kerajaan perlu melantik Nekmat sebagai pemborong dan persatuan nelayan kawasan (PNK) peruncit. Tidak perlu orang lain, cukup persatuan yang mengagihkan minyak kepada nelayan,” ujarnya.

Sinar Harian pada pada Isnin lalu melaporkan LKIM akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) pembelian diesel bersubsidi dalam kalangan nelayan dengan tidak lagi membenarkan pembelian secara pukal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: