Ramli saingan sengit calon PH

M Manogaran
M Manogaran
A
A
A

KUANTAN - Calon dari BN, Ramli Mohd Noor dilihat mampu memberi saingan kepada PH di PRK Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Calon PH, M Manogaran berkata, ini kerana bekas pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner berketurunan Orang Asli kaum Semai terkenal dalam kalangan orang asli di Dun Jelai.

Menurutnya, namun beliau yakin strategi itu tidak berhasil kerana tidak semua Orang Asli akan memilih calon dari BN.

“Saya akui beliau (Ramli) calon dikenali dan pasti beri saingan sengit kepada calon yang akan bertanding.

"Tapi saya yakin PH ada kelebihan dan akan berjaya merampas kerusi yang dimenangi BN sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Hari ini,Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan bahawa Ramli adalah calon BN yang akan dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi tersebut.

PH sebelum ini mengumumkan bekas calon kerusi itu pada PRU14, Manogaran dari DAP sebagai calon mereka manakala Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas turut menawarkan diri untuk bertanding di kerusi itu pada PRK kali ini.

Beliau memberitahu, Ramli juga diramal tidak dapat meraih majoriti undi Orang Asli kerana masyarakat itu hanya mewakili 20 peratus daripada keseluruhan pengundi di Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sementara orang Melayu mewakili 34 peratus.

“Semua ada potensi untuk menang, tapi kali ini saya yakin PH ada kelebihan kerana kita ada rakan blok yang akan membantu berkempen,” katanya.

PRK itu diadakan susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan Datuk C Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14 terbatal ekoran berlakunya rasuah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian ‪‪pada 26 Januari‬‬ ini dengan hari penamaan calon ‪‪pada 12 Januari‬‬ dan mengundi awal ‪‪pada 22 Januari‬‬.

Pada PRU14, Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC mewakili BN menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.