Lans koperal ditahan bersama dadah bernilai RM8,600

Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bersama dadah dalam serbuan di sekitar Terengganu pada Selasa. Foto hiasan
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bersama dadah dalam serbuan di sekitar Terengganu pada Selasa. Foto hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM8,600 dalam serbuan dijalankan di sekitar negeri ini pada Selasa.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, hasil serbuan dilakukan pasukan daripada Cawangan Risikan atau Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah merampas pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat 116.4 gram dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam.

"Anggota tersebut ditangkap di bawah kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Anggaran nilai jumlah rampasan adalah sebanyak RM8,600. Antara anggaran berat dadah yang dirampas iaitu pil yaba iaitu 110.87 gram; syabu (5.42 gram) dan heroin (0.11 gram).

"Anggota tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati anggota polis tersebut negatif dadah.

Menurutnya, anggota polis tersebut telah ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa serta siasatan dijalankan oleh pihak narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Mohd Khairi menegaskan bahawa pihaknya memandang serius terhadap penglibatan salah guna dadah serta jenayah di kalangan pegawai polis terutamanya kontinjen Terengganu.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis Terengganu akan terus komited dalam menjalankan siasatan dengan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang agar penjenayah dapat dihadapkan ke mahkamah," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!