Tiga kawasan terjejas bekalan air

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Tiga kawasan utama negeri ini membabitkan kira-kira 17,000 akaun akan berdepan masalah bekalan air melibatkan loji rawatan air (LRA) Chicha di jajahan Kota Bharu Timur, Kota Bharu Selatan dan Bachok.

Perkara tersebut dimaklumkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melalui satu kenyataan media hari ini.

"Kontraktor yang dilantik sedang menjalankan kerja-kerja kecemasan membaiki paip air mentah 600 milimeter yang bocor di Kampung Pasir Tumboh melibatkan LRA Chicha dan dijangka selesai dalam tempoh 24 jam.

"Pengurangan pengeluaran air sedang berlaku dan pelanggan akan mengalami gangguan bekalan sepanjang kerja-kerja tersebut dijalankan.

Antara kawasan yang terlibat ialah Desa Rahmat, Taman Harian, Jalan Dato Lundang, Kampung Huda, Kampung Demit, Kedai Lalat, Kampung Derdap, Padang Kala, Peringat, Taman Sri Aril, Taman Haji Ali, Taman Sri Langkap, Taman Tengku Ahmad Ritaudin, Melor, Tegayong, Bukit Marak, Seterpa, Kampung Terap, Kampung Banggu, Jejulok, Lubok Pukol, Permatang Pusu dan sekitarnya.

Jajahan Kota Bharu Selatan pula melibatkan kawasan Jalan Pasir Puteh, Guntong Limbat, Taman Sri Guntong, Taman Guntong Binaraya, Kampung Binjai Limbat, sebahagian Kampung Tiong, Taman Rakyat, Taman Desa Wangi, Kampung Kubang Keranji, Taman Sri Keranji, Padang Kala, Kampung Bechah Kura, Sebahagian Peringat, Taman Putra, Taman Paduka, Taman Pulong, Istana Mahkota, Balai Islam, Kampung Sungai dan sekitar.

Jajahan Bachok pula di kawasan Alor Bakat, Kubang Telaga, Permatang Machang, Alor Ganu, Bukit Kecik, Kampung Kedondong, Taman Mesira, Kampung Budi,Kampung Padang Jembal, Kampung Panjang, Kampung Dusun Durian, Kampung Tok Jawa dan Sempadan Bachok-Kedai Lalat.

Selain itu, turut terkesan ialah Telaga Ara, Alor Ganu, Beoh, Seneng, Beris Lalang, Gelong Badak, Kandis, Permatang Pasir, Bator, Kedai Gunong, Tepus, Teratak Pulai, Melawi, Telong, kawasan sekitar Tangok, Kubur Jelawat, Bukit Chenda, Badak Mati, Kuchelong dan sekitar.

Artikel Berkaitan:

"Kesabaran pelanggan di atas kesulitan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih. Orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyAKSB yang baharu untuk maklumat mengenai Air Kelantan," kata kenyataan itu.